Thursday, March 19, 2009

PENILAIAN MELALUI KONTRAK PEMBELAJARAN

PENGENALAN

Dalam usaha menggalakkan pembelajaran kendiri, para pelajar juga patut diberi hak untuk menentukan apa yang hendak dipelajari, bagaimana pembelajaran itu akan dilaksanakan dan dihasilkan dalam jangka waktu yang ditetapkannya sendiri, bahkan juga corak penilaian tugasannya itu. Antara kaedah yang paling berkesan untuk tujuan ini ialah penggunaan kontrak pembelajaran.



KONSEP

Kontrak Pembelajaran atau dikenali sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan persetujuan atau kontrak yang dibuat antara guru dengan pelajarnya (secara individu/kumpulan) berhubung dengan tugasan yang dibuat secara bertulis.

Persetujuan meliputi kriteria-kriteria yang berkaitan dengan tugasan seperti :-

  • Bentuk akhir tugasan dihasilkan
  • Bagaimana tugasan dihasilkan (individu atau kumpulan?)
  • Tempoh menyiapkan tugasan/tarikh tugasan dihantar kepada guru
  • Kaedah penilaian dibuat (secara proses atau hasil akhirnya sahaja)
  • Tindakan/akibat yang akan diterima oleh pihak yang gagal mematuhi kontrak

Kontrak biasanya ditandatangani oleh kedua-dua pihak yang bersetuju dengan syarat-syarat atau kriteria yang disenaraikan.


FUNGSI KONTRAK PEMBELAJARAN

Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran untuk membolehkan

* Pelajar mengenal pasti dan merekod

· objektif dan matlamat pembelajaran kendiri

· kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat

· jangka masa pelaksanaan dan penghasilannya

· bukti menunjukkan objektif tercapai

· bagaimana dan pada tahap mana hasil pembelajaran akan dinilai

* Memberi peluang pelajar menentukan matlamat pembelajaran masing-masing mengikut minat dan keupayaan sendiri

* Menghasilkan kerja yang terancang

* Membantu pelajar membuat refleksi sepanjang proses kerjanya


BAGAIMANA KONTRAK PEMBELAJARAN DIGUNAKAN ?

Kontrak pembelajaran digunakan dengan pelbagai cara, antaranya:-

  1. Penilaian objektif tugasan

· Objektif ditentukan oleh guru sementara pelajar menetapkan pelaksanaannya ATAU

· Beberapa set objektif disarankan oleh guru, pelajar memilih mana-mana yang difikirkan sesuai ATAU

· Pelajar merangka beberapa objektif, dan kemudian pilih mana-mana paling sesuai dengan persetujuan guru

  1. Hasil Pembelajaran

· Pelajar bertanggungjawab terhadap strategi pembelajaran, bentuk tugasannya (sama ada dalam bentuk portfolio, laporan kajian, rencana dll)

· Jenis atau bentuk hasil pembelajaran telah ditentukan oleh guru

  1. Penilaian

· Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan ATAU

· Gurum menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan tugasan ATAU

· Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan ATAU

· Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaanny



FORMAT / BENTUK KONTRAK

Kontrak pembelajaran dibuat dalam pelbagai bentuk mengikut keperluan tugasan dan pihak yang terlibat. Kontrak boleh dibuat secara formal, dimana prosedurnya dinyatakan dengan jelas dan rapi. Ia boleh juga dibuat secara tidak formal,tetapi terancang dan jelas.

PERINGATAN:

· Dalam kontrak pembelajaran, penilaian selalunya berpusatkan pelajar, sementara penggredan perlu dikawal oleh guru

· Senarai semak bagi butiran yang hendak dinilai, dan bagaimana penggredan dibuat perlu dilampirkan dan persetujui oleh pihak yang terlibat

PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN

Penilaian Melalui Pemerhatian

Penilaian melalui pemerhatian adalah satu proses untuk menentukan apa yang pelajar tahu
bagaimana hendak melakukan sesuatu tugasan atau operasi dalam masa sebenar. Ianya merupakan satu
alat pentaksiran yang sesuai untuk mentaksir aspek afektif dan psikomotr pelajar.

Tujuan utamanya adalah untuk membekalkan data yang bersifat objektif tentang kualiti pencapaian pelajar, termasuklah
proses dan prosedur dalam menyiapkan tugasan dan cabaran yang dihadapi sepanjang proses tersebut.

Maklumat ini boleh digunakan oleh pendidik dalam merencanakan proses dan prosedur pengajarannya. Masalah yang mungkin timbul dalam penilaian berdasarkan pemerhatian adalah ketidakadilan (bias). Masalah ini sebenarnya tidak akan timbul sekiranya tingkahlaku yang ingin diperhatikan diberi definisi secara objektif dan boleh dilihat sebagai ada atau tiada. Sebagai satu panduan dalam menggunakan kaedah pentaksiran ini, berikut adalah perkara-perkara yang perlu dilakukan.

1. Fahami asas kepada pemerhatian

    • menyedari keadaan sekeliling
    • membezakan di antara tingkahlaku yang subjektif dan objektif
    • membezakan di antara deskripsi dan membuat inferens
    • prasa soalan yang menghadkan pemerhati memerhati tingkahlaku yang maujud dan zahir

2. Bersedia untuk membuat pemerhatian dengan

    • membuat keputusan tentang jenis tingkahlaku, tindakan, dan kemahiran yang ingin diperhatikan
    • membuat keputusan tentang siapa yang akan menjadi pemerhati
    • membuat pelan sampel
    • menyediakan borang pemerhatian untuk merekod kekerapan sesuatu tingkahlaku, tindakan, dan kemahiran itu timbul
    • melatih pemerhati

3. Memerhati dan merekod bagaimana pelajar melakukan tingkahlaku tersebut. Prosedur
pemerhatian ini boleh dalam bentuk formal ataupun tidak formal

4. Buat ringkasan atau rumusan kepada hasil pemerhatian dengan jelas dan berguna sebagai satu "feedback" kepada setiap pelajar dan kumpulan; dan bantu pelajar dalam menganalisa data pemerhatian dan membuat refleksi tentang bagaimana;

    • tahap efisien pembelajaran mereka
    • mereka boleh membantu rakan mereka belajar
    • mereka boleh mencapai tahap yang lebih efisien