Friday, February 6, 2009

PEMBINAAN ITEM OBJEKTIF

Ujian pencapaian adalah penting kepada guru untuk mengetahui sejauh mana pelajarpelajarnya
memahami apa yang mereka pelajari. Jika ujian ini dibina dengan baik, ia boleh diguna untuk membandingkan pencapaian antara pelajar-pelajar atau membandingkan pencapaian antara sekolah-sekolah. Biasanya, ujian pencapaian yang digunakan di sekolah-sekolah dibina sendiri oleh guru-guru mata pelajaran tertentu. Bagaimanapun, ujian yang disediakan oleh guru untuk pelajar-pelajarnya sendiri adalah lebih tepat untuk mengukur pencapaian mereka, sebab ujian ini hanya ditumpukan kepada kandungan pelajaran yang diajar guru. Seperti yang kita sedia maklum, item/soalan objektif bermaksud item/soalan yang mempunyai jawapan tepat/tertentu/spesifik, seperti item betul-salah, aneka pilihan, padanan atau pelengkapan. Semua item ini mempunyai jawapan tertentu, sama ada betul atau salah, jawapan daripada beraneka pilihan yang betul, padanan yang betul, atau perkataan pelengkap yang betul.

4.3.1 Pembinaan Item Beraneka Pilihan
Item/soalan yang sering digunakan dalam ujian pencapaian; di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah atau institut pengajian tinggi; ialah item beraneka pilihan. Item ini terdiri daripada tiga (3) bahagian, iaitu stimulus, stem/badan soalan dan jawapan pilihan.

• Stimulus adalah bahagian soalan yang mengandungi maklumat khusus di mana soalan itu
didasarkan, mungkin berbentuk teks, grafik, jadual atau perbualan.
• Stem adalah bahagian soalan yang mengandungi tugasan dan biasanya berbentuk ayat
lengkap, ayat tidak lengkap atau soalan.
• Jawapan Pilihan adalah bahagian soalan yang mengandungi jawapan pilihan, yang biasanya
berbentuk angka, simbol, frasa, gambar rajah atau jadual dan lain-lain lagi.

Soalan jenis beraneka pilihan ini dikatakan sukar dibina dan sukar juga dijawab oleh pelajar, tetapi mudah diperiksa (boleh diperiksa oleh komputer dengan menggunakan borang OMR). Pelajar mendapati soalan beraneka pilihan sukar dijawab berbanding soalan jenis esei, sebab mereka perlu mengetahui jawapan secara tepat. Berikut adalah 9 prinsip untuk menyediakan soalan berbentuk beraneka pilihan.
1 • Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu memilih jawapan yang betul atau paling
tepat/terbaik, sebab ada kalanya semua jawapan yang diberi adalah betul.
2 • Soalan dan semua jawapan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak “berbunga-
bunga”, supaya pelajar tidak membuang masa untuk memahaminya.
3 • Perkataan sepunya tidak diulang-ulang dalam setiap jawapan pilihan, tetapI dimasukkan
dalam badan soalan, seperti perkataan “oleh” dalam Contoh 1.
4 • Tuliskan setiap jawapan pilihan secara yang menarik supaya setiap jawapan yang diberikan
adalah munasabah.
5 • Taburan jawapan betul perlu dibuat secara rawak, iaitu tidak mengikut system tertentu,
untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan betul.

6 • Setiap jawapan pilihan perlu ditulis sama panjang, supaya tidak member petanda kepada
pelajar tentang jawapan betul.
7 • Jawapan berbentuk “Semua di atas” atau “Tiada satu pun di atas” sebagai jawapan pilihan
perlu dikurangkan, supaya pelajar tidak mudah memilih jawapan betul.
8 • Aras kesukaran setiap soalan perlu setara (seperti kurangkan jawapan pilihan seperti
supaya setiap soalan mempunyai aras kesukaran yang sama.
9 • Jawapan pilihan boleh disusun mengikut abjad, nilai nombor atau tahun, supaya wujud satu
sistem susunan jawapan pilihan.


Pembinaan Item Betul-Salah

Seperti juga item beraneka pilihan, item ini terdiri daripada tiga (3) bahagian, iaitu stimulus (jika ada), pernyataan dan jawapan pilihan yang berbentuk “Betul” atau “Salah”. Item jenis ini amat sesuai digunakan untuk menguji fakta yang menghendaki pelajar menentukan sama ada pernyataan yang diberikan adalah betul atau salah/palsu. Berikut adalah 8 prinsip untuk menyediakan soalan berbentuk betul-salah:
1 • Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu menanda (“)/A bagi jawapan yang betul atau
B/(X) bagi jawapan yang salah.
2 • Pernyataan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak “berbunga-bunga”, supaya
pelajar tidak membuang masa untuk memahaminya.
3 • Taburan jawapan betul dan salah perlu dibuat secara rawak, iaitu tidak mengikut sistem
tertentu, untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan.
4 • Aras kesukaran setiap soalan perlu setara (seperti panjang dan maksud pernyataan),
supaya setiap soalan mempunyai aras kesukaran yang sama.
5 • Soalan-soalan hendaklah berasaskan kepada pernyataan yang jelas betul atau yang jelas
salah.
6 • Elakkan daripada memberi pernyataan yang betul lebih panjang daripada yang salah, untuk
mengelak daripada pelajar meneka jawapan.
7 • Elakkan daripada menggunakan perkataan “selalu” atau “tidak pernah” dalam pernyataan,
untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan.
8 • Sediakan bilangan pernyataan yang betul hampir sama dengan bilangan pernyataan yang
salah, untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan.


Pembinaan Item Mengisi Ruang Kosong
Item ini terdiri daripada dua (2) bahagian, iaitu stimulus (jika ada) dan pernyataan yang mengandungi ruang kosong untuk diisi pelajar. Item jenis ini amat sesuai digunakan untuk menguji fakta yang menghendaki pelajar memberi jawapan pendek yang tepat. Berikut adalah enam prinsip untuk menyediakan soalan berbentuk mengisi ruang kosong:


1 • Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu mengisi ruang kosong dalam kertas soalan atau dalam kertas jawapan.
2 • Pernyataan/ayat hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak “berbunga bunga”, supaya pelajar dapat memahaminya dengan baik.
3 • Aras kesukaran setiap soalan perlu setara (seperti bilangan perkataan dalam ruang kosong), supaya setiap soalan mempunyai aras kesukaran yang sama.
4 • Perkataan yang dikosongkan hendaklah terdiri daripada perkataan yang penting sahaja.
5 • Elakkan daripada meninggalkan terlalu banyak ruang kosong dalam sesuatu pernyataan/ayat, supaya soalan tidak menjadi terlalu susah.

6 • Ruang kosong hendaklah ditempatkan di penghujung pernyataan/ayat,m supaya perkataan yang dikehendaki jelas kepada pelajar.

Pembinaan Item Padanan
Item ini terdiri daripada dua (2) set maklumat yang perlu dipadankan oleh pelajar. Keduadua set maklumat ini mungkin terdiri daripada perkataan, konsep, prinsip atau pernyataan. Pembina item perlu memastikan maklumat dalam set pertama mempunyai perkaitan/ hubungan dengan maklumat dalam set kedua. Item ini sesuai untuk mengukur kefahaman dan keupayaan pelajar mengaitkan fakta dan konsep. Bagaimanapun, kita perlu ingat bahawa padanan yang melibatkan dua (2) set maklumat ini menjadikan item padanan sebagai item “banyak soalan dalam satu soalan”, yang bergantung kepada bilangan perkaitan yang ada. Justeru, guru perlu memberikan markah yang setimpal dengan bilangan perkaitan ini. Berikut adalah enam prinsip untuk menyediakan soalan berbentuk padanan:

1 • Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu membuat padanan satu-ke satu atau
padanan yang lain seperti membuat padanan yang wujud sahaja.
2 • Pernyataan/ayat hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak “berbunga bunga”, supaya
pelajar dapat memahaminya dengan baik.
3 • Aras kesukaran bagi setiap perkaitan perlu setara (seperti bilangan perkataan), supaya
setiap perkaitan mempunyai aras kesukaran yang sama.
4 • Pernyataan yang diberi perlu mempunyai perkaitan yang tepat dengan padanannya supaya
pelajar dapat mengenal pasti padanan tersebut.
5 • Elakkan daripada menggunakan terlalu banyak perkataan dalam sesuatu maklumat, supaya
soalan tidak menjadi terlalu susah.
6 • Bilangan padanan tidak terlalu banyak (mungkin maksimum 5 padanan), supaya pelajar
tidak menggunakan terlalu banyak masa untuk mencari padanan.

No comments:

Post a Comment